Trowers & Hamlins

Sign up

Home » Our website » Privacy policy » Polisi privasi (Bahasa Malaysia)

Polisi privasi (Bahasa Malaysia)

Polisi privasi (Bahasa Malaysia)

Trowers & Hamlins beriltizam (commited) untuk melindungi privasi anda.

Polisi privasi ini menerangkan amalan pemprosesan data kami, bagaimana kami mematuhi undang-undang perlindungan data yang terpakai, dan pilihan anda berkaitan dengan cara data peribadi anda digunakan.  Jika anda mempunyai apa-apa permintaan berkaitan dengan maklumat peribadi anda atau apa-apa kemusykilan berkaitan dengan cara kami memprosesnya, sila hubungi kami di alamat e-mel enquires@trowers.com.

Trowers & Hamlins ialah pengawal data untuk tujuan Akta Perlindungan Data UK 1998 dan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010.  Kami berdaftar dengan UK Information Commisioner’s Office dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.

Pangkalan Data Kontak

Trowers & Hamlins beriltizam untuk melindungi privasi kontak anda yang terdapat dalam Pangkalan Data Kontak.

Maklumat yang kami kumpulkan

Data akan dikumpul semak daripada pelbagai sumber, antaranya termasuklah:

  • Perhubungan yang dilakukan oleh pekerja semasa menjalankan urusan perniagaan
  • Maklumat yang terdapat dalam borang permohonan dalam tapak web kami
  • Senarai yang dibeli daripada pembekal data yang bereputasi baik dan digunakan sewajarnya berdasarkan peraturan yang ditetapkan
  • Permohonan daripada individu untuk memasukkan sesuatu data ke dalam senarai kami
  • Maklum balas semasa urusan undangan untuk menghadiri seminar dan majlis lain

Bagaimana kami menggunakan maklumat ini

Maklumat mengenai anda terdapat dalam pangkalan data kontak kami. Anda boleh  memohon untuk melihat dan meminda data ini pada bila-bila masa sahaja.  Jika anda ingin memindanya, sila hubungi enquiries@trowers.com, atau tulis surat kepada Ketua Bahagian Pemasaran, Bunhill Row, London EC1Y 8YZ.  Maklumat akan digunakan untuk menghantar apa-apa “Pengetahuan  untuk melakukan sesuatu”, undangan menghadiri majlis, dan untuk mengumpul semak maklumat pemasaran am untuk tujuan strategik. Jika maklumat digunakan untuk tujuan yang terakhir tadi, ia akan digunakan dengan cara yang menjamin kerahsiaan peribadi anda  dengan pihak luar.  Secara dalaman, semua pekerja kami dan mana-mana pihak ketiga yang kami ambil  untuk memproses maklumat peribadi anda dikehendaki menghormati kerahsiaan maklumat anda.

Penyenaraian nama anda dalam senarai mel adalah berdasarkan sama ada a) atas permintaan anda sendiri, atau b)  kami yakin bahawa perkhidmatan kami adalah relevan dan penting kepada anda.

Di bahagian bawah setiap mel yang kami hantar, kami akan menawarkan pilihan sama ada anda mahu menerima mel sedemikian dari kami pada masa hadapan, ataupun,  anda mahu meminta kami mengeluarkannya daripada pangkalan data kontak kami.  Sila lihat catatan privasi di bahagian akhir setiap mel untuk mendapatkan maklumat yang lebih khusus.

Sekali setahun kami akan menghantar surat kepada semua kontak kami yang terdapat dalam pangkalan data untuk memberikan pilihan sama ada mahu maklumat dibuang daripada pangkalan data ini.  Anda juga boleh meminta untuk dibuang maklumat anda daripada pangkalan data ini pada bila-bila masa dengan menghubungi enquiries@trowers.com, atau menulis kepada Ketua Bahagian Pemasaran, Bunhill Row, London EC1Y 8YZ.

Pihak ketiga

Ada ketikanya,  kami akan mengadakan majlis bersama dengan mana-mana pihak ketiga.  Kami hanya akan memberikan butiran mengenai anda kepada pihak ketiga itu dengan syarat mereka menghantar mel khusus (mel tunggal dan khusus).  Mereka akan diminta untuk menandatangani kontrak yang menunjukkan bahawa mereka memahami polisi privasi kami dan bahawa mereka beriltizam untuk hanya menggunakan butiran mengenai anda menurut prinsip Akta Perlindungan Data 1998 dan undang-undang terpakai yang lain mengenainya, dan perlu mempertimbangkan untuk mengambil seorang pengawal data, khusus untuk tujuan penghantaran mel tersebut.  Apabila anda memberikan maklum balas secara langsung kepada pihak ketiga, anda akan disifatkan sebagai telah  memberikan keizinan kepada mereka, untuk terus menggunakan butiran mengenai anda, sebagai pengawal data.  Sekiranya kami mengendalikan majlis bersama,  mana-mana individu yang diperoleh daripada senarai mel pihak ketiga akan dimasukkan ke dalam pangkalan data kontak kami dan berkemungkinan  akan menerima  mel yang berkaitan dengannya daripada kami.  Dalam hal sedemikian, semua maklumat mel akan dianggap seperti butiran di atas.

Tapak web

Trowers & Hamlins beriltizam untuk melindungi privasi pengunjung tapak webnya.

Maklumat yang kami kumpul

Anda tidak perlu membekalkan apa-apa maklumat peribadi di ruangan publik dalam tapak web ini.  Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk melakukannya dengan cara mengisi borang permohonan di beberapa bahagian dalam tapak web kami, antaranya termasuklah:

  • kerjaya
  • penerbitan
  • seminar

Bagaimana kami menggunakan maklumat ini

Kami akan menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami melalui tapak web kami untuk tujuan memproses borang  permohonan yang berkaitan.  Sila lihat catatan mengenai privasi pada borang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang bagaimana maklumat anda akan digunakan.  Data akan disimpan dalam pangkalan data kontak kami.

Sila ambil perhatian bahawa untuk memproses borang permohonan anda, kami akan, dalam keadaan tertentu, berkongsi maklumat anda dengan pejabat cawangan  Trowers & Hamlins dan firma bersekutu kami yang terdapat di seluruh dunia dan mana-mana pihak ketiga yang membekalkan perkhidmatan bagi pihak kami.  Berkaitan dengan mana-mana pihak ketiga, kami hanya akan mendedahkan maklumat mengenai anda setelah anda memberikan keizinan kepada kami atau jika anda memang dikehendaki untuk memberikannya menurut undang-undang, atau sekiranya perlu, memberikannya untuk tujuan, atau berkaitan dengan prosiding undang-undang untuk melaksanakan atau mempertahankan hak di sisi undang-undang.

Koki

Kami menggunakan koki dalam tapak web kami supaya kami dapat melihat bagaimana pengguna melayari tapak web kami, bagi membolehkan kami menilai dan memperbaiki tapak web kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk mengumpul data statistik tentang penggunaan tapak web kami.  Maklumat yang diperoleh ini akan digunakan tanpa mendedahkan nama anda, secara umum dan tidak menyebabkan anda  akan dikenali melalui maklumat yang diberikan ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara kami menggunakan koki ini, sila baca polisi koki kami.

Hak anda

Anda mempunyai hak untuk memohon satu salinan maklumat mengenai anda yang ada pada kami dan memohon untuk memberikan maklumat yang lebih tepat dengan cara membetulkan maklumat tersebut.  Sila hubungi Ketua Bahagian Pemasaran, Bunhill Row, London EC1Y 8YZ untuk tujuan tersebut.

Pemberitahuan mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, polisi ini menjelaskan amalan pemprosesan data kami, cara kami mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 dan pilihan yang anda ada  tentang bagaimana data peribadi anda digunakan.  Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, kami dikehendaki untuk memastikan ketepatan  maklumat peribadi anda dan memberikan akses kepada anda untuk mengubahnya.  Anda boleh melihat dan meminda data ini pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya anda ingin melakukannya, sila hubungi enquiries@trowers.com.